×

Kad Anda

Kami sedia membantu

Pengaktifan Kad

Pilihan 1: SMS ke 66300

Taip:
AACTV<jarak>  No Kad Pengenalan <jarak> Nombor 4-digit terakhir Kad Kredit/-i;

Contoh: AACTV 700707077777 3456
​​​​​​​Hantar ke 66300

Pilihan 2: Pusat Panggilan (IVR)

Hubungi Pusat Panggilan kami (IVR – Interactive Voice Response) di 03-8230 2222 dan ikuti arahan yang diberikan melalui IVR.

Pertukaran PIN

Pilihan 1: Pusat Panggilan (IVR)

Pusat Panggilan (IVR) di 03-8230 2222 dan ikuti arahan yang diberikan melalui IVR.

Pilihan 2: Kunjungi ATM AFFIN BANK / AFFIN ISLAMIC BANK

  • Masukkan Kad Kredit/Kad Kredit-i anda di mesin ATM
  • Masukkan PIN sementara anda
  • Pilih opsyen tukar PIN
  • Masukkan PIN baharu anda
  • Masukkan semula PIN baharu untuk pengesahan
  • PIN berjaya ditukar

PIN sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan pihak Bank selepas kad kredit berjaya diaktifkan. PIN sementara akan tamat tempoh selepas tiga puluh (30) hari.

Nota:

  1. Pengaktifan melalui SMS tidak sah untuk bukan warganegara Malaysia dan ahli kad kredit/kad kredit-i korporat.
  2. Pengaktifan melalui SMS mesti dibuat menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar dengan Bank.
  3. Pengaktifan melalui SMS hanya sah untuk Ahli Kad dengan perkhidmatan mudah alih Celcom, DiGi, Maxis, P1, U Mobile, Webe dan XOX.
  4. Caj perkhidmatan mudah alih biasa akan dikenakan untuk setiap SMS yang dihantar.
ATM berdekatan anda

Melindungi Kad Kredit/Kad Kredit-i Anda

Kad anda adalah seperti wang tunai. Berhati-hati tentang bagaimana dan bila anda menggunakan kad anda. Berikut adalah beberapa langkah pencegahan penipuan untuk melindungi kad dan mengurangkan risiko anda.

Lakukan Jangan Lakukan
Tandatangan kad baharu anda sebaik sahaja anda menerimanya. Jangan benarkan sesiapa menggunakan kad atau PIN anda. Hanya anda boleh menggunakan kad anda.
Pastikan kad anda sentiasa bersama anda. Ingatlah, bahawa kad anda adalah seperti wang tunai. Pastikan kad anda dikembalikan kepada anda dengan segera selepas pembelian. Jangan dedahkan maklumat peribadi atau nombor kad anda kepada sesiapa sehingga anda telah mengesahkan identiti individu yang meminta maklumat tersebut dan mengesahkan bahawa anda perlu untuk memberi maklumat tersebut kepada mereka.
Ambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan peranti keselamatan adalah selamat pada setiap masa; dan laporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah setelah mengetahui mengenai pelanggaran atau kerugian tersebut. Jangan menyimpan nombor PIN pada kad atau pada apa-apa yang disimpan berdekatan dengan kad.
Musnahkan sebarang dokumen yang mengandungi butir-butir kad atau nombor PINanda sebelum anda membuangnya. Jangan lampirkan atau menulis nombor PIN pada apa-apa yang anda akan buang (contohnya resit).
Pastikan nama, nombor kad dan amaun transaksi yang anda lakukan adalah teratur/tepat sebelum menandatangani sebarang draf jualan. Jangan pilih nombor PIN dari tarikh lahir, kad pengenalan, pasport, lesen memandu atau nombor telefon anda.
Simpan salinan draf jualan anda untuk rujukan masa hadapan. Semak salinan draf jualan dengan penyata bulanan anda dan laporkan kepada pihak Bank dengan kadar yang segera sekiranya terdapat sebarang percanggahan/kesilapan. Jangan tinggalkan kad anda tanpa pengawasan, di luar penglihatan anda atau boleh dilihat oleh pihak lain.
Maklumkan pihak Bank dengan segera apabila menerima amaran transaksi melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) untuk transaksi tidak sah. Maklumkan pihak Bank dengan segera mengenai sebarang perubahan pada nombor telefon anda. Jangan dedahkan identiti diri (ID) dan kata laluan dengan sengaja kepada mana-mana pihak lain, melalui e-mel yang tidak dikenali atau sebarang laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank.

Melaporkan Kehilangan Atau Kecurian Kad

Sila hubungi kami dengan segera sekiranya kad anda hilang atau dicuri, kami akan membatalkan kad anda dan menggantikan dengan kad yang baharu atas permintaan anda.

Pusat Panggilan AFFIN

Nombor untuk dihubungi: 03-8230 2222

Talian Khas Kad Premium AFFIN

Nombor untuk dihubungi: 03-8230 2323

Visa Global Customer Assistance Services

Nombor tol percuma VISA Emergency Assistance Centre (Malaysia):
1 800 802 997
Sebagai alternatif anda boleh membuat panggilan dari mana-mana tempat di dunia:
+1 303 967 1090
»Nombor Tol Percuma VISA Global Assistance Services

Mastercard Service

Nombor tol percuma (Malaysia):
1800 804 594
Bagi  kecemasan di dalam United States:
1800 307 7309
Bagi kecemasan di luar United States:
1-636-722-7111

Memohon Kad Kredit/Kad Kredit-i Baharu

Langkah 1

Pilihan 1: Isikan borang permohonan kad kredit/kad kredit-i yang boleh didapati  dari salah satu saluran berikut:

  • Muat turun borang permohonan ( Konvensional | Islamik ); atau
  • Cawangan AFFIN BANK; atau
  • Jabatan Perniagaan Kad AFFIN BANK

Pilihan 2: Hantar permohonan anda secara dalam talian
​​​​​​​

Mohon sekarang

Langkah 2

Lampirkan dokumen berikut:

PEKERJA BERGAJI

Penerima Pendapatan Tetap Penerima Pendapatan Berubah
(Asas + Elaun/Komisen Berubah)
Syarikat Multinasional

Syarikat Tersenarai Awam & Anak-anak Syarikat
Sediakan MANA-MANA satu dokumen ini:

- Slip gaji 1 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
- Borang EA terkini
- Pulangan Cukai Pendapatan terkini
(Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)/BE dengan resit bayaran cukai)
Sediakan MANA-MANA satu dokumen ini:

- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini dengan caruman minimum 3 bulan
- Borang EA terkini
- Pulangan cukai pendapatan terkini
(Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)
Lain-lain Syarikat/ Syarikat Bukan Multinasional Sediakan MANA-MANA satu dokumen ini:

- Penyata KWSP terkini yang dicetak dari kios/perati tangan AFFIN
- Pulangan cukai pendapatan terkini (Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)
- Slip gaji terkini 1 bulan disokong dengan MANA-MANA satu dokumen ini:
• Penyata KWSP terkini
• Penyata bank terkini menunjukkan gaji 3 bulan dikreditkan.
Sediakan MANA-MANA satu dokumen ini:

- Penyata KWSP terkini yang dicetak dari kios/peranti tangan dengan caruman minimum 3 bulan.
- Pulangan cukai pendapatan terkini
(Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)
- Slip gaji terkini 3 bulan disokong dengan MANA-MANA satu dokumen ini:
• Penyata KWSP terkini menunjukkan caruman 3 bulan.
• Penyata bank terkini menunjukkan gaji 3 bulan dikreditkan.
Kerajaan/Separa Kerajaan Slip gaji 1 bulan terkini
BEKERJA SENDIRI
Sediakan:
- Pulangan cukai pendapatan terkini (Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)
PENERIMA KOMISEN
Sediakan MANA-MANA satu dokumen ini:
- Penyata komisen 6 bulan terkini DAN penyata Bank 6 bulan terkini menunjukkan komisen dikreditkan.
- Pulangan cukai pendapatan terkini (Borang B/BE dengan resit bayaran cukai)
- Penyata CP58/Ringkasan Penyata Komisen Tahunan
Note:
Deposit Tetap (FD) atau Akaun Simpanan akan diperlukan sebagai cagaran untuk kategori pemohon berikut dan hendaklah kekal selagi kemudahan Kad Kredit masih ada.
a. Bukan rakyat Malaysia; dan
b. Pemohon yang tidak dapat memberi apa-apa bukti pendapatan atau dokumen sokongan.

Langkah 3

Permohonan kad kredit/kad kredit-i dan dokumen-dokumen sokongan perlu dihantar secara peribadi oleh pemohon di mana-mana cawangan AFFINBANK, dan bawa semua dokumen-dokumen sokongan asal untuk pengesahan.

Nota: Permohonan melalui faks, email atau secara langsung ke Jabatan Perniagaan Kad AFFINBANK tidak dibenarkan sama sekali.

Memohon Penambahan Had Kredit

Mencari fleksibiliti kewangan yang lebih baik? Sila mohon penambahan had kredit sekarang untuk manfaat yang sepenuhnya kepada Kad Kredit Affin anda.
​​​​​​​

Ya, Saya berminat!

Langkah Keselamatan Semasa Melakukan Transaksi Dalam Talian

Untuk memastikan anda dilindungi daripada penipuan kad dalam talian, anda adalah diingatkan untuk berwaspada semasa melakukan transaksi dalam talian menggunakan sebarang peranti elektronik. Pastikan peranti anda dilengkapi dengan perisian “anti-virus”, “anti-spyware”, “firewall”; lakukan imbasan dengan kerap dan log keluar dengan betul setelah melakukan transaksi. Jangan dedahkan ID Log masuk, kata laluan dan maklumat kad anda kepada pihak lain. Sekiranya kad anda hilang, dicuri atau anda mengesyaki maklumat kad anda telah dikompromi atau anda mengesan transaksi yang tidak sah, sila laporkan segera kepada kami di nombor 03-8230 2222.

How to reach us?

There are more ways to reach us