×

Bil Keluar untuk Kutipan-i (OBC-i)

Bil Keluar untuk Kutipan-i (OBC-i)

​​​​​​​Bank mengendalikan kutipan berdokumen anda (domestik dan luar negara) dan memudahkan kutipan bayaran daripada pembeli berdasarkan arahan anda. OBC-i dilakukan di bawah konsep Syariah Wakalah.

Ciri-Ciri

Kutipan boleh berupa dalam dua bentuk, iaitu Dokumen terhadap Pembayaran (D/P) atau Dokumen terhadap Penerimaan (D/A).

Bank bertindak sebagai ejen untuk mengutip bayaran berdasarkan arahan anda.

Penerimaan Bil Pertukaran merupakan janji pembayaran oleh pembeli pada tempoh matang.

Kelebihan

Meminimumkan Risiko

Meningkatkan kepastian pembayaran dengan barangan dikekalkan bawah kawalan anda sehingga pembeli membuat pembayaran atau menerima bil pertukaran.

Transaksi Tempatan dan Asing

Menghilangkan keraguan anda dengan OBC-i yang boleh digunapakai untuk transaksi tempatan dan asing.

Tanpa Kemudahan Kredit

Bank akan mengendalikan dokumentasi dan kutipan bayaran anda, tanpa memerlukan kemudahan kredit.

Anda mungkin juga berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us