×

SmartPA Enhanced

Perlindungan terhadap kejadian yang tidak dijangka

Kelebihan

Jumlah Diinsuranskan yang Tinggi

Kami melindungi Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan
(termasuk koma) sehingga RM1,000,000.

Kelebihan Pelan Keluarga

Lanjutkan perlindungan kepada suami/isteri dan keluarga anda tanpa had bagi
bilangan anak dan nikmati jumlah yang diinsuranskan sebanyak 3 kali ganda
dengan pembayaran dua kali ganda sehingga RM6,000,000

Kemasukan Hospital Tanpa Tunai

Jaminan sehingga RM12,000 untuk kemasukan di hospital panel dalam Malaysia
akibat kemalangan.

Bonus Pembaharuan sehingga 120%

Jumlah prinsipal yang diinsuranskan akan meningkat daripada 15% setahun
sehingga 120% semasa pembaharuan dengan syarat tiada tuntutan dibuat di
bawah Kematian atau Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan.

Pelindung Pinjaman sehingga RM7,500

Sekiranya berlaku Kematian Akibat Kemalangan, kami akan membayar balik
liabiliti kredit Orang Yang Diinsuranskan untuk kredit kad, pinjaman peribadi,
overdraf, pinjaman pendidikan, perumahan, kereta atau pengubahsuaian yang
belum dijelaskan dengan mana-mana bank yang dilesenkan oleh Bank Negara
Malaysia.

Pembayaran Dua Kali Ganda

Pembayaran dua kali ganda sehingga RM2,000,000 untuk Kematian atau Hilang
Upaya Menyeluruh Kekal Akibat Kemalangan semasa dalam perjalanan
menggunakan pengangkutan awam, perjalanan di luar negara, semasa musim
perayaan atau menjadi mangsa kecurian ragut atau rompakan.

Syarat & Kelayakan

  • Pelanggan Affin Bank
  • Pemohon yang berumur dari 18 tahun sehingga 65 tahun layak membeli. Had umur pembaharuan polisi adalah sehingga umur 100 tahun
  • Kanak-kanak yang berumur dari 30 hari sehingga 18 tahun (atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa).


Maklumat Penting


Anda mungkin berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us