×

Pembiayaan Perkhidmatan Perdagangan-i (FTF-i) - Belian

Pembiayaan Perkhidmatan Perdagangan-i (FTF-i) - Belian

Kemudahan yang ditawarkan kepada anda untuk pembiayaan pembelian dalam dan luar negara anda yang berkaitan dengan perdagangan (bil tampak atau usans). Kemudahan ini berdasarkan kosep Syariah Murabahah (kos tambah keuntungan).

Ciri-Ciri

Margin pembiayaan sehingga 100% nilai invois atau sebahagian daripadanya.

Tempoh pembiayaan ditentukan berdasarkan kitaran perdagangan sehingga tempoh maksimum 360 hari.

Jumlah pembayaran minimum adalah RM10,000 atau yang senilai dalam mata wang lain.

Kelebihan 

Pembiayaan Perkhidmatan Berkenaan

Membolehkan pembiayaan barang ketara dengan perkhidmatan yang berkaitan dengannya.

Meningkatkan Aliran Tunai

Pembiayaan invois membolehkan fleksibiliti dalam pengurusan aliran tunai anda.

Dokumentasi Ringkas

Penyediaan dokumen yang ringkas kerana pembiayaan dibenarkan untuk terma pembayaran Akaun Terbuka dan Kutipan.

Anda mungkin juga berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us