×

Bil Pertukaran Belian-i/Terdiskaun-i (BEP/D-i) 

Bil Pertukaran Belian-i/Terdiskaun-i (BEP/D-i) 

Kemudahan yang ditawarkan kepada penjual di mana Bank membeli/mendiskaun bil tampak/usans anda yang dikeluarkan kepada pembeli asing atau tempatan berdasarkan konsep Syariah Bay al-Dayn bi al-Sila'.

Ciri-Ciri

Pembelian/diskaun boleh dilakukan selepas dokumen dikemukakan atau selepas penerimaan Bil Pertukaran oleh pembeli. 

Tersedia untuk digunakan bagi bil asing atau tempatan yang dikeluarkan di bawah Kutipan Berdokumen.

Tempoh pembiayaan sehingga maksimum 30 hari (bil tampak) dan 180 hari (bil usans).

Kelebihan

Meningkatkan Aliran Tunai

Pendahuluan segera yang diberi kepada anda sementara menunggu bayaran daripada pembeli anda akan meningkatkan aliran tunai dan keperluan modal kerja tanpa menjejaskan terma kredit dan penentuan harga anda.

Kutipan Mudah

Pengendalian dan pemantauan kutipan hasil perolehan oleh Bank mengurangkan kerisauan anda.

Kemudahan yang Kompetitif

Pembiayaan dengan harga dan margin pembiayaan yang kompetitif.

Anda mungkin juga berminat...



How to reach us?

There are more ways to reach us