×

Pinjaman Kenderaan AFFIN BANK

Kelebihan

Kemudahan Pinjaman yang Berpatutan

Sama ada kereta baharu atau kereta terpakai, pinjaman kenderaan kami membantu anda untuk memiliki kenderaan idaman anda.

Kadar Faedah Tetap

Kadar faedah yang kompetitif sepanjang tempoh pinjaman yang bersesuaian dengan belanjawan anda.

Margin Pinjaman yang Tinggi

Sehingga 90% untuk kereta baharu dan 85% untuk kereta terpakai.

Tempoh PInjaman yang Fleksibel

Fleksibiliti untuk memilih tempoh pinjaman sehingga 9 tahun.

Pembayaran Balik Pinjaman yang Mudah

Pembayaran balik pinjaman boleh dilakukan melalui cawangan-cawangan AFFIN BANK, ATM, Mesin Deposit Tunai atau Mesin Deposit Cek, perbankan internet AffinAlways, pindahan dana daripada bank lain (melalui DuitNow atau IBG) dan Arahan Tetap.

Perlindungan yang Menyeluruh

Bukan sahaja melindungi kenderaan anda, malah juga diri anda dan keluarga anda dengan pelan insurans yang menyeluruh:

  •  Insurans Motor: Lindungi anda daripada risiko kemalangan dan tuntutan pihak ketiga.
  • AXA GAP: Lindungi anda daripada kerugian wang yang disebabkan oleh perbezaan antara harga invois kenderaan dan jumlah tuntutan yang dibayar oleh polisi insurans sekiranya kenderaan anda mengalami kerugian sepenuhnya. 
  • HP Life: Lindungi mereka yang tersayang daripada beban hutang akibat kematian atau kehilangan upaya kekal Pihak Diinsuranskan.

            Terma Pembiayaan

            Syarat & Kelayakan

            • Had umur
              Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas

            • Kewarganegaraan
              Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap

            • Pemilikan
              ​​​​​​​
              Individu, pemilikan tunggal/perkongsian, syarikat sendirian berhad/syarikat berhad


            Maklumat Penting

            • Lembaran Pendedahan Produk - Kadar Tetap
            • Kod Etika Pengambilan Semula
            • Dokumen yang Dikehendaki
              • Individu (Pekerja Dengan Majikan/Berpendapatan Tetap)
                • Salinan Kad Pengenalan/Pasport dan Lesen Memandu yang sah
                • ·Penyata Gaji 3 bulan terakhir (tidak termasuk kerja lebih masa); atau Penyata Gaji 6 bulan terakhir (termasuk kerja lebih masa); atau Penyata Komisen 6 bulan terakhir (bagi yang mempunyai Komisen); atau Penyata EA terakhir atau Borang B berserta Penyata Cukai terakhir dan Resit Cukai Terakhir atau E-Filing yang disahkan dan
                • Penyata KWSP terakhir; atau Penyata Akaun Semasa/Simpanan 6 bulan terakhir; atau Surat Pengesahan Majikan kepada Pihak Bank bagi mengesahkan pendapatan pemohon.
              • Pemilik Tunggal/Perkongsian
                • Salinan Kad Pengenalan / Pasport dan Lesen Memandu yang sah; dan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan; atau Perjanjian perkongsian (jika ada) ; atau Perakuan Amalan untuk profesional (Badan-badan profesional); atau Permit Perniagaan / Lesen Perdagangan (jika ada);dan
                • Penyata bank 6 bulan terkini; dan Penyata EA terakhir atau Borang B berserta Penyata Cukai dan Resit Cukai Terakhir atau E-Filing yang disahkan; atau Penyata Kewangan atau Akaun Pengurusan yang terkini; dan
                • Kontrak semasa atau Kontrak dalam tangan; atau Baucar Jualan (bagi sektor berasas agro); atau Deposit / Pelaburan / Saham Amanah
              • Syarikat Sendirian Berhad/Syarikat Berhad
                • Pengesahan Salinan Asal bagi Sijil Perniagaan; dan Pengesahan Salinan Asal bagi Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A); dan Pengesahan Salinan Asal bagi Borang 24 dan 49 yang terakhir; dan Profil Perniagaan; atau Laporan Pulangan Tahunan Terkini (jika ada)
                • Penyata Bank 6 bulan terakhir; dan Penyata Kewangan atau Akaun Pengurusan yang terkini.
                • Kontrak semasa atau Kontrak dalam tangan
              • Perhatian:
                • Dokumen hendaklah dihantar beserta Borang Permohonan ke mana-mana cawangan AFFINBANK yang terdekat.
                • Semua pemohon hendaklah memaklumkan segala pinjaman yang ditanggung sama ada bersama pihak bank lain atau pihak bukan bank, serta kadar bayarannya.
                • Pihak Bank berhak meminta dokumen tambahan jika diperlukan.
            • Borang

            Anda mungkin berminat...



            How to reach us?

            There are more ways to reach us