×

Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM 2)

Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM 2) ialah skim jaminan pembiayaan baharu yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan matlamat untuk menggiatkan semula PKS Malaysia.

Ciri & Faedah

Objektif

  • Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM 2) menyediakan pembiayaan kepada PKS Malaysia bagi semua sektor ekonomi bertumpukan kepada:
    (a)  Ekonomi Hijau;
    (b)  Teknologi Tinggi;
    (c)  Halal;
    (d)  Penjagaan Kesihatan
    ​​​​​​​

Tujuan Pembiayaan

  • Untuk pembiayaan baharu sahaja:
    (a)    Modal kerja; atau
    (b)    Perbelanjaan modal (CAPEX)

GGSM 2 tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan sedia ada yang diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau yang lain.

Kadar Pembiayaan

Tidak melebihi Kadar Asas Pinjaman (BLR)/Kadar Asas Pembiayaan (BFR) + 2.0% setahun

Tempoh Jaminan

Sehingga 10 tahun atau 31 Disember 2035, yang mana lebih awal.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2025 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, yang mana lebih awal.

Had Pembiayaan

Sehingga RM20 juta bagi setiap syarikat untuk semua sektor.

Jaminan Perlindungan

Sehingga 80% bagi semua sektor.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Kelayakan

  • Perniagaan yang dikawal atau dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan mesti sekurang-kurangnya telah beroperasi selama 3 tahun.
  • Untuk Pembiayaan Islamik, jenis perniagaan mesti berpatuh Syariah

Maklumat Penting

Sila layari  https://www.sjpp.com.my/ms/ bagi maklumat lanjut berkenaan skim jaminan ini.


Maklumat Penting

Konvensional
•    Pinjaman Berjangka
•    Overdraf
•    Kemudahan Perdagangan Perniagaan

Islamik
•   Pembiayaan Berjangka-i 
•   Kemudahan Tunai-i Tawarruq (Tawarruq CL-i) 
•   Kemudahan Perdagangan-i Islamik


Important Information

  Conventional 
•    Term Loan
•    Overdraft (OD)
•    Trade Facilities

Islamic
•    Term Financing-i
•    Tawarruq Cashline-i (Tawarruq CL-i)
•    Islamic Trade Facilities


How to reach us?

There are more ways to reach us